Tuesday, July 12, 2011

Sembahyang

SEMBAHYANG

Apabila kita hendak menunaikan sembahyang, kita wajib untuk menjaga waktu.

Kesempurnaan menjaga waktu adalah bersadarkan 3 perkara:

    • 1. Hendaklah sentiasa berpandukan matahari ataupun jam.
    • 2. Hendaklah menunggu azan berkumandang.
    • 3. Hendaklah sentiasa ingat pada janji Allah; iaitu mendapat pahala jika melakukan solat di awal waktu dan mendapat dosa jika melewatkannya.

    Kesempurnaa Mengadap Kiblat:

    • 1. Mengadap muka dan dada ke kiblat
    • 2. Mengadap Allah dengan hati
    • 3. Khusyuk dan merasa hina

    Khusyuk dalam solat bererti kita tidak kenal siapa dikiri dan dikanan kita. Kerana ketika itu kita hanya memandang kepada tempat sujud sahaja seolah-olah Allah S.W.T sedang melihat kita. Perkara ini dinamakan ‘Makam Musyahadah’ kerana kita tahu Allah S.W.T nampak apa yang kita lakukan. Adapun solat dan perbuatan yang tidak disertakan dengan murakabah atau musyahadah, maka sembahyang itu tidak dinamakan sembahyang yakni sia-sia mengerjakannya.

    Solat itu difardhukan oleh Allah S.W.T kepada orang mukmin. Roh ibadat sembahyang dalam Islam ialah musyahadah dan murakabah. Allah S.W.T tidak akan menerima ibadat sembahyang daripada hambanya sehingga hati hambaNya bersama dengan Nya. Iaitu bersama makna bacaan dan perbuatan. Allah pandang kepada hati dan tidak kepada kelakuan zahir. Barang siapa yang tidak khusyuk dalam sembahyang, maka rosaklah sembahyangnya. Jika tidak ‘hadir’nya hati ketika menunaikan sembahyang maka ia juga dianggap rosak dan sia-sia.

    Ulama’ telah sepakat bahawa tidak mendapat pahala jika tidak khusyuk dalam sembahyang. Jika seseorang menunaikan sembahyang tetapi lalai, dalam hukum fiqah adalah sah tetapi sembahyang itu akan mendapat seksa bererti khusyuk dalam sembahyang adalah satu perkara yang wajib tetapi bukan syarat sah. Sembahyang yang tidak khusyuk seperti tubuh yang tidak bernyawa. Isi sembahyang ialah khusyuk.

    Dengan ‘hadir’nya hati bersama Allah S.W.T iaitu murakabah, kita berdiri dihadapan Allah, raja sekalian raja. Untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang, perlulah dilaksanakan sembahyang itu untuk mendapat pahala. Jalan pertama menuju kearah khusyuk sembahyang ialah mesti memahami makna bacaan dan hikmah gerak laku dalam sembahyang. Memahami makna setiap bacaan dalam sembahyang. Jika tidak, sembahyang itu akan sia-sia.

    Sembahyang itu adalah perhubungan antara hamba dengan Allah S.W.T :

    1. Berhubung dengan perbuatan. (hamba tidak akan bergerak melainkan dengan izin Allah S.W.T).

    2. Berhubung dengan SifatNya. (Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kita;Maha mendengar dan melihat)

    3. Berhubung dengan perasaan. (mesra, takut, rela dan berharap)

Wajib qyam pada waktu sembahyang kepada orang yg berkuasa.

Cara-cara qiam:

  • 1. Berdiri tegak seluruh tubuh badan.

    2. 2 kaki sama tinggi dan mengadap kiblat.

    3. Bagi lelaki (rengangan kaki adalah dari jarak 4 jari sehingga sejengkal)

    4. Bagi perempuan (merapatkan 2 kaki, kecuali susah)

    5. Dada mengadap kiblat.

    6. Kepala sedikit tunduk mengadap tempat sujud.

    7. Mata memandang tempat sujud.

Mengikut Saidina Ali berkata: “apabila kamu qiam kerana sembahyang, hendaklah tetapkan pandangan kamu kepada tempat sujud.

. 8.Rendahkan kedua-dua bahu. ( bererti merendahkan diri dan memuliakan Allah S.W.T)


Kita mengadap kiblat menunjukkan hati kita mengadap Allah S.W.T

Kita menundukkan kepala kerana takutkan kepada Allah S.W.T.

Kita rendahkan kedua bahu menunjukkan kehinaan diri kita kepada Allah S.W.T.

Allah S.W.T melihat kepada orang yang sembahyang selama dia tidak berpaling kepada tempat lain selain daripada tempat sujud. Takbirratul ihram adalah permulaan masuk ke hadrat ilahi.